Monday, April 05, 2010

Pengalaman...


Kebetulan
Minggu lepas aku dapat satu pengalaman baru setelah berada dekat setengah tahun di Jordan ni.
Selepas selesai menunaikan solat Jumaat di masjid universiti Yarmouk tempoh hari, dalam perjalanan pulang ke rumah untuk memasak dan menelaah buku pelajaran bagi exam seterusnya…
Tiba-tiba terserempak dengan seorang sahabat.

Sahabat: Assalamualaikum…nak g mana 2?ade ape2 rancangan tak hari ni?
Aku: Wsalam…ni nak balik rumah ni. Rancangan hari ni yek? Xde lagi rsenye selain blajo…kenapa?
Sahabat: Nak ajak enta pergi kenduri arab kahwin..abang ustazah 'Adalah nak kahwin. Nak ikot tak?
Aku: hmm, bagi ana fikir dulu la…
Singkatkan cerita, setelah berfikir…aku pun terima ajakan sahabat tadi dengan harapan dapat tengok majlis perkahwinan arab dan dapat makan nasi beriyani satu talam besar dengan daging kambing…hehe
Setelah dekat setengah jam menaiki bas untuk ke majlis,akhirnya sampailah kami. Memang kebiasaannya arab akan adakan majlis perkahwinan di dewan2 besar.
suasana di dewan yang agak sibuk,namun masih boleh solat berjemaah dalam dewan
menumpukan perhatian bagi mendapatkan input yang ingin disampaikan oleh pentazkirah

Bukan kebiasaan
Sampai sahaja kami di pintu dewan, kami disambut mesra oleh keluarga pengantin. Diberi layanan boleh dikategorikan 3 bintang…duduk sahaja di meja yang disediakan,aku mula merasa sesuatu yang pelik. Kalau di Malaysia,kita biasa melihat kaum lelaki dan wanita akan beramah mesra,bergurau senda..tp lain pulak kat negara arab ni. Seorang wanita pun aku tak nampak!! Rupa-rupanya kaum wanita berkumpul di bahagian lain. Bila keluar dewan barulah aku perasan yang dewan besar ni terbahagi kepada 2 bahagian, satu untuk kaum lelaki dan satu lagi untuk kaum wanita..
Terjawab satu kepelikan yang bermain di benak fikiran aku tadi.. sedang rancak berborak bersama kawan Malaysia dan kawan arab sambil dihidangkan dengan halawiyat,air berkarbonat dan sky juice atau dalam arab amminya "moya adi".,tiba-tiba bangun seorang syeikh arab. Berpakaian bagaikan ulama'… datang seorang pemuda lain memberikan mikrofon kepada syeikh ni. Bermulalah keluar kalam daripada syeikh ni..bermula dengan perlahan hingga menjadi semakin bersemangat. Aku cuba mendengar dengan teliti tentang apa yang diperkatakan…rupanya dia tengah bagi tazkirah tentang perkahwinan..
Habis tazkirah makanan yang dinantikan masih tak sampai2..jam dah menunjukkan jam 5 petang. Ada yang nak balik pun ada. Tiba-tiba pandangan kami tertumpu pada sudut belakang dewan. Pakcik2 arab bentang karpet merah. Semua pelajar Malaysia dah mula menyinsing lengan…ready to eat!!!  Rupanya pakcik2 tadi bukanlah nak hidang makanan, tapi sebenarnya nak solat asar berjemaah…yang dah menyinsing lengan tadi apa lagi..terus mengawal macho dan terus mencari tandas dan mengambil wudhuk. Bersama-samalah kami solat asar berjemaah di dalam dewan tu juga.
Tidak puas hati dan salah faham
minum kopi pekat arab
lapar namun masih tersenyum
Setelah hampir 2 jam menunggu,nasi beriyani masih tak sampai2…perut semua pelajar Malaysia yang hadir dah lapar..mana tak,perut memang dah dikosongkan sejak pagi supaya muat diisi dengan nasi satu dulang. Akhirnya ketua rombongan kami meminta maaf dan memberitahu bahawa majlis ni bukanlah majlis perkahwinan tapi majlis tunang.. punahlah segala harapan bagi sesiapa yang berharap nak makan nasi beriyani daging kambing..(termasuklah penulis...)
Rasa hati
Walaupun aku tak dapat nak makan nasi beriyani,tapi merasakan satu pengalaman yang amat bermakna. Kalau biasanya kat kenduri kahwin di Malaysia hanya menzahirkan budaya, tapi di sini tetap menjaga din Islam sendiri.
Kegembiraan pasangan bukanlah satu penghalang bagi menyampaikan mesej dakwah semasa tazkirah. Ribuan hadirin yang datang bukanlah alasan tidak menunaikan solat berjemaah…
Rasa macam nak merealisasikan keadaan ni di Malaysia nanti… bukanlah ingin mengetepikan adat,tapi alangkah baiknya jika perkara yang baik berlaku di sini dicontohi. Bak kata pepatah Melayu, "yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan…"  



kenang-kenangan..







5 comments:

Ali Zaki said...

salam...maaf jika ada tersalah bahasa atau fakta...jika ada tersisih hati sesiapa..sungguh niatku baik sje,insyaAllah...sila beri komen jika ada yg patut dibaiki..jgn dipendam dlm hati..-editor

Anonymous said...

salam..

xde pon pix halawiyyat...
kasi budak mesia jelez sikit
hehe :)

muhtadi "kacak" khazani

Ali Zaki said...

lpe tgkp gmbr halawiyat hr 2...kau ade tgkp gmbrnye?kamera da mahal dah muhtadi..hehe
aku wat link jek la kat text halawiyat 2...

fariha (^_^) said...

salam...hope..org kita dpt ikut mcm ni..:)

Ali Zaki said...

insyaALLAH...yang baik kita contohi,yg buruk jauhi