Tuesday, April 06, 2010

Tekanan & Syukur


Salam ukhuwah…
Jordan..salah sebuah negara yang terletak di timur tengah. Antara negara yang menggunakan nilai matawang dinar jordan…untuk pengetahuan,nilai matawang dinar mempunyai nilai yang agak tinggi dan mahal. 1 dinar jordan bersamaan dengan RM 4.53..
Sebagai salah seorang pelajar Yarmouk University, satu mata pelajaran sangat berharga kerana nilai satu mata pelajaran bersamaan 48 jordan dinar(RM 220). Peperiksaan yang diduduki mestilah mencapai tahap maqbul (60mrkh ke atas) supaya tidak perlu menduduki mata pelajaran yang sama berulang kali.

Sistem peperiksaan
Jordan juga terkenal dengan 'peperiksaan'. Bukanlah terkenal kerana sistem peperiksaan yang mantap tapi terkenal dengan peperiksaan yang banyak bagi setiap semester. Setiap bulan pelajar universiti wajib menduduki peperiksaan. Bukan itu sahaja, sebelum memulakan sesi pembelajaran di universiti ini, para pelajar harus mengambil beberapa ujian.
Sistem peperiksaan ini ada pro dan kontranya. Kebaikannya, para pelajar akan memantapkan ilmu pada setiap bulan bagi menghadapi exam. Tetapi kebanyakan akan merasa tertekan serta tension kerana ada segelintir yang belajar 'last minute'.
Semakin tertekan
Setelah exam, para pelajar dengan penuh debaran menanti keputusan… ini adalah beberapa situasi:
Pelajar A : Alhamdulillah.. bagus markah aku kali ni..
Pelajar B : ARGH!!! Tensennye markah macam ni..tak kan nak kne ulang balek subjek ni…
Pelajar C : Kenapa teruk pulak markah kali ni…ah!! Biarlah…
Pelajar A bersyukur kerana dia mendapat markah yang baik. Pelajar B pula tertekan kerana markah yang dia perolehi tidak memuaskan hatinya. Pelajar C pula tidak kisah dengan apa markah yang dia dapat.
yarmouk university
Pada pendapat saya, pelajar yang berada dalam keadaan sangat bahaya ialah situasi pelajar 'C' kerana dia tak peduli dengan kelemahan dalam diri dia. Pelajar B masih ok kerana dia sedar akan kelemahannya.
Konsep Syukur
Firman Allah s.w.t :
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
"barangsiapa yang bersyukur akan Aku tambahkan(nikmat), dan barangsiapa yang kufur,sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih…"(ibrahim:7)
Berdasarkan ayat Al-Quran ini, pelajar A yang akan ditambahkan nikmat Allah kerana dia sahaja yang bersyukur. Tetapi adakah ini bermaksud pelajar 'B' dan 'C' akan terus gagal??
Sungguh Allah itu Maha Adil.. syukur itu bukanlah pada kata-kata atau lafaz sahaja. Pernah saya mendengar daripada seorang teman, "syukur itu pada lafaz dan perbuatan..dan syukur pada perbuatan lebih besar kesannya.."
Ini bermaksud, bagi siapa yang bersyukur dengan perbuatan dengan berusaha sungguh-sungguh selepas kegagalan maka Allah akan menambahkan nikmat-Nya.
Kita juga sebagai mahasiswa muslim haruslah menetapkan niat kita ke arah yang betul sebelum  melakukan apa sahaja…sekiranya kita menetapkan niat ingin membantu agama Allah dengan ilmu yang kita pelajari, maka sudah pasti Allah akan membantu kita..
Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
"wahai orang mukmin..sekiranya kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki(kekuatan) kamu…"(muhammad:7)










2 comments:

Ibnu Roslan said...

owh..semakin memahami konsep pembelajaran disana..teruskan berkongsi..

Ali Zaki said...

Alhamdulillah...