Thursday, April 15, 2010

Yesterday

Sebelum tidur malam semalam, saya ambil kesempatan untuk tonton filem Kungfu Panda.(selepas study la ni,hehe..). Bukan apa,nak ambil mood study sebab ada kawan saya kata cerita ini motivate... sampai satu babak, memang buat saya terfikir tentang diri ini...

Saya masih ingat lagi sewaktu saya berusia 10 tahun. Ketika itu saya berada dalam darjah4 di Sekolah Rendah Islam Hira' yang bertempat di Batu Belah,Klang... saya sedang berjalan di luar kelas. Masa tu rasa bukan main susah belajar. Sampai saya pernah cakap kepada kawan saya, "best kan kalau kita boleh jadi cepat besar...tak payah nak pikir belajar,kerja terus lagi senang...".  ha,yang tu masa darjah 4.

Masa darjah 6 pula, saya cakap kat kawan saya,"kalaulah ada mesin masa,aku nak balek ke zaman dulu..tentu dapat nombor satu jek tiap-tiap tahun.."


Saya yakin ini adalah satu kebiasaan masyarakat sekarang. Ramai yang rasa sesal dengan perkara yang yang sudah berlalu lagi-lagi kalau terjadi perkara yang tak diingini. Tetapi adakah Islam mengajar kita supaya berasa sesal dengan perkara yang sudah lalu?

Umar Al-Khottob pernah berkata :
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
"hisablah dirimu sebelum kamu dihisab (di Akhirat kelak)"

Islam mengajar kita supaya membuat muhasabah pada setiap amalan yang telah kita lakukan dan memperbaiki untuk hari-hari mendatang. Bukan itu sahaja, pada waktu membuat sesuatu perkara, kita mestilah melakukan dengan sebaik-baiknya...

dalam hadith ini, kita disuruh supaya membuat ihsan dalam setiap amalan kita. Bahkan ketika sembelih binatang pon kita mesti buat sebaiknya walaupun terhadap binatang..

Akhir sekali, kita seharusnya membuat muhasabah atau dalam kata lain, koreksi diri semula dan punyai cita-cita yang tinggi. Lebih penting lagi, kita laksanakan amalan kita ketika ini dengan bersungguh-sungguh dan sebaik-baiknya...


0 comments: