Sunday, December 05, 2010

Ukhuwah 1 realiti

Ketika organisasi-organisasi lain mencari titik persamaan selain matlamat perjuangan mereka dan terasa hilangnya ruh yang mengikat jiwa mereka, bersyukurlah organisasi dakwah kerana kita diikat dengan banyak hal yang asanya ialah iman yang mapan. Matlamat perjuangan organisasi dakwah diinspirasikan oleh al-Quran dan Sunnah, juga Sirah sebagai panduan. Dalam erti kata lain, perjuangan organisasi ini tidak dipandu oleh sesuatu yang bersifat materialistik mhupun duniawi.

Saturday, December 04, 2010

Sistem Illahi

Buka puasa
Alhamdulillah…baru sahaja pulang daripada rumah seorang ikhwah yang sangat saya sayangi. Majlis Iftor yang sangat bermakna bagi diri ini sebagai seorang yang lemah dan banyak perlukan sokongan.
Bermula dengan makan-makan ringan,sesuai dengan kondisi perut yang kosong selepas berpuasa, tak boleh isi banyak-banyak terus. Sistem tadarruj atau berperingkat sangat penting dalam kehidupan. Tak kiralah dalam membaca ke, sukan dan macam-macam lagi. Bagi siapa yang biasa bersukan lagi-lagi sebelum nak main bola, mesti kena streching atau panaskan badan dulu kalau tidak kejang la alamatnya time main nanti.
Kemudian sedikit tazkirah dan pengisian dibuat selepas solat maghrib berjemaah. Bak kata sorang ikhwah ni, “sebelum isi perut kita isi sikit hati kita…” begitu mendalam maksudnya sebenarnya.
Majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan pelbagai makna. Setiap yang hadir pasti ada suatu perkara yang dibawa pulang selepas majlis ini.

Sunday, September 05, 2010

Beramal Bukan Ber 'rimal'


Alhamdulillah...untuk pertama dan selamanya kerana masih diberi hidayah iman dan islam di dalam diri kita semua.
Firman Allah yang bermaksud:
"dan barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai agama, maka dia tidak mendapat apa-apa dan tergolong daripada orang-orang yang rugi di Akhirat"

First sekali saya definisikan dahulu tajuk saya ni supaya jelas...
beramal sepertimana yang diketahui ramai adalah bekerja. Manakala ber' rimal' pula saya sengaja mengguna perkataan 'rimal' yang berasal daripada perkataan arab bermaksud pasir.

kenapa pasir???

pasir ini bersifat ringan dan selalunya ditabur di pantai dan mudah tersebar...

dalam perkataan mudahnya, maksud saya adalah dalam mencapai sesuatu atau kejayaan misalnya, manusia akan berusaha, bekerja dan beramal dan ada juga yang tidak sengaja atau sedar menabur kata-kata berbaur provokasi dalam usahanya..

Pertemuan

Baru-baru ini saya bertemu dengan rakan-rakan saya di masjid negeri shah alam...memang seronok benar dapat bertemu mereka setelah sekian lama tidak bertemu. Bermacam-macam cerita yang keluar. Ada cerita yang gembira, sedih, terharu...dan banyak lagi emosi.

Sempat juga mendengar cerita daripada beberapa kawan saya yang akan melanjutkan pelajaran ke negara timur tengah. Baru-baru ini mereka menghadiri program untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Berdasarkan ceritanya, banyak ilmu dan pengalaman daripada prog tersebut. Namun yang menyedihkan saya masih ada unsur meng' attack ' individu atau kumpulan-kumpulan yang semestinya saudara seislam kita juga.

Islam mengajar kita supaya berbincang dengan baik lagi-lagi saudara seislam kita sendiri sekiranya ada perkara yang tidak memuaskan hati bagi mengelakkan fitnah dan was-was syaitan. Jika tidak mengapa tertubuhnya ahlu syura ketika zaman nabi s.a.w dan sahabat ridhwanullah alaihim.

Sebuah Analogi...

Suka untuk saya mengambil satu analogi...

cuba kita imbau kembali ke zaman persekolahan..satu kelas biasanya dianggotai seramai 30 orang. Dan apabila tiba musim peperiksaan semua kebanyakan pelajar akan menelaah buku dan belajar bersungguh bagi mendapat kedudukan yang terbaik dalam peperiksaan. tetapi bukanlah semua pelajar akan mendapat tempat terbaik misalnya nombor satu dalam kelas mereka...

nah! sekarang kita lihat kepada pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan tadi..mungkin pelajar ini akan dipanggil oleh kaunselor sekolah untuk berbincang dan menaikkan kembali semangatnya untuk bersungguh-sungguh mencapai impiannya.

baik, sekarang saya beri 2 pilihan yang akan diucapkan oleh kaunselor tadi:
  1. Abu, awak mesti menggandakan usaha awak selepas ini untuk mendapat tempat yang terbaik dalam peperiksaan akan datang...awak kena bersaing dengan kawan awak yang dapat nombor 1 tu supaya awak boleh berjaya nanti... belajar sungguh-sungguh ye Abu..
  2.  Abu! awak kena kalahkan kawan awak yang dapat nombor 1 tu...saya bagi cara mudahlah kat awak ni...time exam yang akan datang nanti awak ejek dia ke supaya moral dia untuk belajar selepas ini jatuh..atau kalau nak senang lagi awak ikat jek dia dalam stor sukan time exam nanti...hahaha!!!
Terpulanglah saudara saudari nak pilih yang mana satu tapi biasanya orang yang waras akal fikirannya akan memilih pilihan yang pertama..kerana pilihan yang pertama itu melambangkan persaingan yang sihat disamping mematangkan lagi pelajar tersebut.

Lain pula ceritanya pilihan yang kedua..memang rosaklah budak tu nampaknya lepas dapat idea yang agak setan daripada kaunselornya...

Pilihan di tangan kita...

Nah! sekarang saudara saudari pikir sendiri bagaimana nak meneruskan hidup dan dakwah Islam kita yang tercinta ini. Adakah kita suka melihat lahirnya budaya buruk dalam kalangan masyarakat atau dakwah itu subur dalam diri dan hati masyarakat kita??

Ingatlah...kita telah dididik sejak azali lagi supaya beramal dalam mencapai sesuatu dan bukan menanam dendam dan syak wasangka yang buruk dalam mengejar kejayaan...

Thursday, August 26, 2010

Jadikan Ianya Lebih Bermakna


Tidak banyak yang ingin saya katakan kali ini. sekadar syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t dek kerana memberikan kesempatan kepada diri ini merasai Ramadhan buat kali ke-20. Alhamdulillah...

Alhamdulillah kerana Ramadhan yang dilalui pada tahun ini lebih bermakna daripada sebelum ini. Saya berkesempatan bertemu dengan ramai kenalan baru dari dalam negara hingga luar negara. Kali ini juga saya tidak banyak menghabiskan masa di rumah berehat saja tetapi banyak keluar bertemu ikhwah dan mengikuti program yang membina diri ini.

Akhir sekali saya ingin mengajak para pembaca sekalian untuk memanfaatkan ramadhan kita semaksima mungkin dengan ibadah,amal kebajikan dan seluruh kehidupan kita dilakukan kerana Allah semata-mata. Semoga semua perkara itu diterima sebagai ibadah di sisi Allah s.w.t.. moga-moga kita merasa lagi ramadhan akan datang dengan penuh makna.. InsyaAllah...

Salam Ramadhan...bersama mengejar redha Allah...

Sunday, August 01, 2010

Ku Temui Kekuatan


 Assalamualaikum w.t.h...

Pertama sekali dan untuk selamanya, sama-sama kita tinggikan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana sehingga hari ini dan saat ini kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang terbesar dalam hidup yang tidak lain tak bukan nikmat Iman dan Islam...Alhamdulillah

Saya juga bersyukur kerana minggu lepas memang berjalan sakanlah orang kata. 4 hari bercuti di kelantan bersama teman dari jordan. Belom sempat panas punggung duduk di rumah, bergerak pula ke perak bersama ikhwah stam untuk menziarahi ustaz2 di sekolah lama...


Wednesday, June 30, 2010

Tazkirah Ujang

Mengikut kata Saidina Ali ibn Abi Talib,

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara, percakapan, diam, pandangan dan pergerakan. Beruntunglah siapa yang bila bercakap dia berzikir, bila diam dia bertafakkur, bila pandang dia ambil iktibar, dan bila bergerak dia perhambakan dirinya kepada Allah. Dari lisan dan tangannya manusia dapat kesejahteraan.

Kita macam mana pula? Jom kita pikir sekejap....