Tuesday, March 30, 2010

AKU NAK BERCINTA!!!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah…baru saja selesai exam subjek korea,masuk dewan dengan hati yang tenang,menjawab soalan dengan baik dan keluar dewan selesa bertawakal kepada Allah s.w.t..
Seperti biasa,on the way nak balik rumah sewa..mesti kena lalu cafeteria jamiah Yarmouk… sambil ditiup bayu angin musim bunga atau dalam bahasa koreanya, “”*(bunyinya-bom)..daun-daun berlari-lari atas jalan bertatahkan simen..dan situasi yang amat biasa di sekitar kafe yang nak tak nak tengok mesti nampak punya, iaitu aktiviti remaja arab bercouple antara adam dan hawa. Ada pasangan yang bergelak tawa,ada yang senyum tersipu-sipu dan macam-macam ragam. Tiba2,mataku teralih kepada satu pasangan…

Si adam dan si hawa sama-sama memakai pakaian berwarna jingga..hmm.dari segi pakaian memang nampak serasi,tapi muka si adam dan hawa tadi tak langsung menunjukkan mereka ini adalah pasangan yang dilamun cinta dan bahagia. Si adam menoleh ke arah bertentangan dengan ‘kekasihnya’ begitu juga halnya dengan si hawa…
Aku terus berlalu untuk pulang ke rumah sambil hatiku berfikir tentang situasi tadi. Kenapa dorang ni bermasam muka antara satu sama lain? Bukankah dorang ni pasangan kekasih? Warna pakaian dari hujung kepala sampai hujung kaki dah serasi…apa lagi yang tak cukupnya?...aku brtanyakan diri sendiri.
Dalam perjalanan pulang,fikiranku beroperasi…kalaulah aku nak bercinta,dengan wanita yang macam mana aku patut pilih? Nak kena pakai baju yang sama ke setiap hari? Apa yang aku patut buat untuk elak pasangan aku nanti tak jadi macam pasangan tadi?
Dalam sedetik saja,Allah memintaskan satu rasa kat hati aku. Ada tak cinta yang tak akan ada rasa duka atau sedih bila kita jatuh ke dalam cinta itu?
Aku teringat kisah2 yang diceritakan pensyarah bagi subjek sirah nabawiyah di universiti,Dr. Samirah Tohir.
Bagaimana kisah Rasulullah s.a.w yang diserang oleh masyarakatnya,dihina dan ditohmah oleh keluarganya sendiri yang kalau kita alami sekarang ni…mesti down punyalah. Tapi masa itu nabi ada khadijah tempat bercerita masalah dan yang paling penting baginda ada Allah untuk mengadu. Tak lama lepas tu,khadijah meninggal..disebut dalam sirah iaitu tahun kesedihan Rasulullah. Akhirnya Allah hiburkan hati nabi dan naikkan balik semangat nabi dengan peristiwa isra’ dan mikraj. Dan dakwah nabi selepas tu menjadi semakin pesat hingga terbinanya daulah Islam di madinah. 
Allah mengajar kita dalam peristiwa ini,walaupun kita ada isteri,pasangan ke apa ke…tetap tak boleh lawan cinta Allah kepada hambanya. Hamba yang mengaharap cinta Allah tak akan merasa sedih atau kecewa sebab  Allah tidak akan menghampakan permintaan dan permohonan hambanya. Nah!! Sekarang tinggal kita je yang nak cinta Allah dengan erti sebenar-benar cinta atau tak.. Allah sentiasa membuka ruang kepada kita dan sentiasa sayangkan hambanya…
 Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar…sungguh Allah itu maha berkuasa dan maha bijaksana…baru semalam aku mendengar cerita daripada kawan2 aku yang punyai pasangan..seronok hati muda ini bila mendengar kisah2 cinta yang pastinya merasa cemburu dengan ‘hikayat cinta’ dorang ni. Tak sampai 24 jam,Allah dah tunjuk kat aku apa cinta yang aku patut capai… mulai sekarang aku dah tahu siapa yang paling patut aku cintai dan mulai sekarang...AKU NAK BERCINTA!!!

5 comments:

Ali Zaki said...

salam...maaf jika ada tersalah bahasa atau fakta...jika ada tersisih hati sesiapa..sungguh niatku baik sje,insyaAllah...sila beri komen jika ada yg patut dibaiki..jgn dipendam dlm hati..-editor

belas_kasihan16 said...

yup, msih teringt waktu mustami3 klas sirah nabawi tme 1st yr dlu...
dr tu kate...
thn tu dianggap thn kesedihan bg dakwah jgak...
sbb nabi kehilangn seseorg tmpt baginda berkongsia rasa dan masalah serta tentangan org ramai....
dan pakcik bginda yg byk back up baginda tme dia diancam org2 musyrik makkah...

Chare said...

Post yang baik.
Jom bercinta. Malu ana.

Ali Zaki said...

belajar daripada sirah nabi agar kita menjadi orang yang sentiasa bermotivasi...insyaAllah

Anonymous said...

cinta yg abadi..
post yg memberi sedikit ketukan di hati ini.