Sunday, August 01, 2010

Ku Temui Kekuatan


 Assalamualaikum w.t.h...

Pertama sekali dan untuk selamanya, sama-sama kita tinggikan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana sehingga hari ini dan saat ini kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat yang terbesar dalam hidup yang tidak lain tak bukan nikmat Iman dan Islam...Alhamdulillah

Saya juga bersyukur kerana minggu lepas memang berjalan sakanlah orang kata. 4 hari bercuti di kelantan bersama teman dari jordan. Belom sempat panas punggung duduk di rumah, bergerak pula ke perak bersama ikhwah stam untuk menziarahi ustaz2 di sekolah lama...


Alhamdulillah..walaupon tidak punya adik-beradik, saya telah diajar untuk hidup secara berkumpulan atau arabnya berjemaah sejak kecil lagi. Time sekolah rendah jek yang duduk rumah lama tapi lepas 2 memang kebanyakan masa bersama sahabat-sahabat di sekolah berasrama. Tak bererti saya tak ingat keluarga, bahkan ini lebih membuatkan ikatan kami sekeluarga lebih kuat...hehe (homesick 2 sket-sket jek la...)

Pulang dari Jordan ke Tanah air pada 11 julai 2010 dan duduk di rumah bersama keluarga tersayang lebih kurang seminggu memang menyenangkan hati. Tapi belom sukup selesa kerana masih ada mereka yang saya cintai belom ditemui. Ikhwah yang sama-sama menuntut dari sekolah rendah hingga kini dan juga teman-teman sepengajian di bumu anbiya', Jordan. Hati ini masih belum selesa...

Syukur pada yang Esa...misi tercapai ketika mengikuti jaulah ke kelantan dan perak...ramai juga ikhwah yang dirindui selamanya datang ziarah ke rumah...terima kasih semua.

Kesimpulannya, setiap perkara dalam dunia ini punya kekuatannya. Bagaimana POWER RANGERS tidak boleh mengalahkan raksaksa jahat tanpa bergabung menjadi robot besar begitulah saya...hehe

Perlukan sahabat untuk meneruskan hidup ini yang semestinya kosong tanpa dakwah yang penuh berliku. Islam amat menganjurkan umatnya hidup berjemaah. Tidaklah Nabi Muhammad s.a.w membina masjid nabawi ketika sampai di madinah jika tidak salah satu tujuannya untuk memastikan hati-hati orang Islam mempunyai ikatan yang sangat luar biasa kuatnya.

Dan tidaklah Saidina Kaab bin Malik menyesal dan mengeluh kerana tidak turut serta perang tabuk seterusnya menyebabkan beliau dipulaukan seluruh penduduk madinah. Beliau mengatakan bahawa ini adalah suatu perkara yang paling menyedihkan hatinya dalam seumur hidupnya. Akhirnya menjadi sangat gembira apabila taubatnya diterima Allah dan rasulullah serta para sahabat kembali bersama.


Hiduplah berjemaah nescaya anda tidak akan rugi selamanya...insyaAllah
 

1 comments:

Adik ali said...

Hensem abang ali dalam gambar.