Monday, June 14, 2010

Look at ourself



Setelah lama bercuti, baru hari ni nak tulis post baru. Ape2 pun, saya bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk menulis kali ini…alhamdulillah
Alhamdulillah..petang tadi juga merupakan kali pertama saya beriadhah kembali setelah hampir sebulan tidak menjejakkan kaki di futsal Yarmouk.

Pancit main bola
Awal-awal main bola ok lagi, tenaga pun banyak…tapi entah kenapa sampai 10-20 minit terasa penat dan letih atau dalam bahasa pemain2 bola pancit..kalau sebulan dulu boleh main lebih kurang sejam lamanya tapi tak kali ini.

Teringat pula kata-kata ustaz syukri ketika dalam perjalanan ke universiti. Masa tu tengah bincang fasal cuti sem musim panas sama ada nak ambil atau tak. Untuk pengetahuan,sem musim panas di universiti Yarmouk hanya optional saja, kalau tak nak ambil sem ni pon takpe…"Ali, kalau cuti lama-lama sangat nanti susah nak start belajar balik. Elok kita ambil jek sem musim panas ni…boleh habis cepat lagi pon…" lebih kurang macam tu lah kata-kata yang dikeluarkan ustaz syukri kepada saya.
Cara nak elak pancit
Pancit ni bukan sahaja berlaku dalam permainan bola sepak tetapi juga dalam amalan seharian terutama sekali amal ibadah kita.
Macam mana nak elak? Apa kata kita cuba istiqomahkan diri dalam amalan kita. Saya pun tak lah arif sangat, hanya menyuarakan sedikit pandangan dan nasihat. Kalau ada dari kalangan pembaca yang punya pendapat atau cadangan yang lebih bernas bolehlah kongsi bersama.
Ada dalam satu match bola. Time tu saya main untuk wakil sekolah. Bertambah untung sebab masa tu sekolah sediakan jurulatih untuk kami. Setelah score satu goal tanduk yang lawa(hehe…nak cite gak) saya telah cedera di bahagian peha dan terpaksa dibawa keluar padang. Saya tanya coach saya kenapa saya boleh injurd pulak sedangkan takde pon player lawan mengasari saya. "otot kau terkejut tu..selama ni kau tak main teruk2 sangat tibe2 kali ni kena kerah, tu yang sakit tu…"kata coach saya dalam loghat sabahan dia almaklumlah…dia memang diimport dari Sabah…(hehe…)
Jadi saya dapat conclude dari kata2 jurulatih bola saya ketika itu…kalau nak buat sesuatu tu jangan terlampau gelojoh sangat,biar berperingkat-peringkat (tadarruj) supaya diri kita dapat menerimanya dengan hati yang tenang dan redha,insya-Allah…
Kalau dah pancit (futur), nak buat macam ne lak?
Sekiranya jam anda rosak…katalah jam tu berjenama mahal,hadiah daripada parent dan parent anda beli jam tu ketika dia bercuti di luar negara. Mestilah nak baiki jam tu kan.. nak tak nak mesti bawa kat kedai baiki jam yang berjenama.
Haish…kenapa tak minta ayah atau mak jek yang baiki?mestilah sebab kita nak serahkan jam tu kepada orang yang paling pakar dalam hal-hal jam berjenama tu..betol tak?
Tentu sekali bila kita dah futur atau lemah semangat dan yang sewaktu dengannya, kita mesti bertemu dengan siapa yang paling mengenali kita…
Siapa lagi yang lebih mengenali kita kalau tak Allah s.w.t… Dia yang menciptakan kita dari tiada kepada ada pada hari ini sudah pasti sangat tahu selok belok diri dan hati kita. Berdoalah kepada-Nya, sesungguhnya Dia Maha menerima doa hambanya.
Firman-Nya:
وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (ghofir:60)
Selain itu kita boleh jumpa juga dengan orang yang rapat dengan kita seperti ibu bapa atau kawan baik untuk mendapatkan nasihat dan semangat daripada mereka.
Murabbi saya pernah memberi nasihat kepada saya dan kawan2 ketika suatu majlis. Dia menasihatkan kami dengan satu hadis Rasulullah s.a.w:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم : " إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً ، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةً ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّتِي فَقَدْ أَفْلَحَ ، وَمَنْ كَانَتْ إِلَي غَيْرِ ذَلِكَ فَقَدْ هَلَكَ "
Abdullah bin Amr, berkata: "Rasulullah s.a.w berkata kepadaku:" Setiap tindakan ada tempoh semangat,dan setiap semangat ada tempoh lemahnya. Barangsiapa yang tempoh lemahnya ke arah sunnahku maka dia berjaya dan siapa lemahnya ke arah selain itu maka binasalah "

Mana taknya..hari ini kita dapat lihat remaja yang frust menonggeng dengan nasib dirinya mengambil jalan yang tak sepatutnya dan dikutuk. Contohnya seperti tindakan remaja nekad bunuh diri kerana result SPM nya yang kurang memuaskan..ish3.. na'uzubillah min zalik..
Rasulullah telah mengajar kita supaya mengambil sunahnya ketika dalam keadaan lemah atau dalam bahasa arabnya futur. Banyakan berdoa dan kembali kepada amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada pencipta dan penyucian hati.
Apa yang nak dicerikan sebenarnya ni??
Akhir sekali cuba kita renung-renung kembali amalan kita selama ini.. adakah amalan itu berterusan (istiqamah) atau tidak?
Siapakah pertama sekali kita akan bertemu dan mengadu sekiranya dalam kesusahan dan masalah?
Apakah tindakan kita ketika menghadapi masalah dan ketika diri dalam keadaan lemah atau futur?












Astaghfirullah - Hadad Alwi - Mapsi - Sugeng W.h. Collections

2 comments:

temanSTAM said...

salam.. ape tujuan gambo yg kat tgh2 tu??

Ali Zaki said...

tu kan gambo org tgh berdoa...
kenapa?ada kemusykilan ke kat c2?
hehe...