Wednesday, June 30, 2010

Tazkirah Ujang

Mengikut kata Saidina Ali ibn Abi Talib,

Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara, percakapan, diam, pandangan dan pergerakan. Beruntunglah siapa yang bila bercakap dia berzikir, bila diam dia bertafakkur, bila pandang dia ambil iktibar, dan bila bergerak dia perhambakan dirinya kepada Allah. Dari lisan dan tangannya manusia dapat kesejahteraan.

Kita macam mana pula? Jom kita pikir sekejap....





Cakap Kosong
pasal borak kat kedai mamak memang kita hebat tapi takde kaitan dengan agama sebab kita fobia bila sebut bab ni. Silap-silap borak sesoranglah kita...hmm









 

Diam Leka
dalam diam pon tak pernah ingat Tuhan walaupon Tuhan tak pernah tak ingat kat korang. Ni termenung ingat makwe, berangan nak kaya, memancing, motokar, movie, TV. Kalau ingat masjid pon sebab esok Jumaat, terpikir nak pakai baju ape,nak memonteng lagi ke..aduh...





Pandang Lalai
kalau van jenazah lalu bukan nak ingat mati tapi tanya dalam hati siapa yang mati? yang mati tu memanglah dah sampai ajal, korang punya ajal macam mana pulak? takan masih terejal perangai ala-ala dajal?


 




 


 Gerak sia-sia
dari celik mata sampai terjun balik atas katil korang sibuk bergerak ke sana sini tapi sebab semuanya sibuk menjadi hamba dunia. Buat apa pon takde nak baca bismillah, niat untuk kepentingan sendiri bukan nak hambakan diri. Esok bila dah keras, mulut terlopong baru sedar siapa kita...

0 comments: