Thursday, June 03, 2010

Paling Tertarik


Salam perjuangan kepada semua umat islam di mana jua anda berada. Kali ini saya terdetik untuk menulis walaupun dalam fatrah imtihan di Jordan ini dan sudah pastinya post kali ini adalah lebih kepada diri saya sendiri….hamba Allah yang sering leka dan alpa…

Kisah bermula pada waktu pagi kira-kira jam 1, seperti biasa saya akan membuka lagu atau cerita semasa belajar bagi mengelakkan rasa mengantuk. Kali ini saya memasang kisah Ketika Cinta Bertasbih yang difilemkan daripada sebuah novel tulisan Habiburrahman Assyirazi. Kali ini juga aku tidak menontonnya sendirian malah bersama seorang sahabat yang menginap di rumah.
Bukan berniat untuk mengulas cerita ini yang saya tahu ramai telah sedia tahu jalan ceritanya. Cerita seorang mahasiswa kairo yang berusaha bersungguh untuk menamatkan pengajian di universiti terkenal Al-Azhar, Mesir dalam masa yang sama mengusahakan perniagaan tempe dan catering bagi membantu kehidupan keluarganya di Solo, Indonesia setelah bapanya meninggal dunia.
Kehidupan seorang pemuda syabab yang penuh dengan ombak dan badai. Pemuda ini telah jatuh cinta pada si solehah tetapi dia sudah terlambat kerana si solehah ini telah menjadi tunangan kawan baiknya sendiri. Desakan daripada adik berdik dan ibu yang ingin menimang cucu di lengan dan riba, pemuda ini berusaha untuk mencari pasangan hidupnya secara halal. Tentu sekali babak ini menarik hati kami yang sedang menonton kerana memang fitrahnya begitu tetapi babak ini bukanlah babak pilihan kami ketika itu.
Episod yang membuatkan kami berfikir terus menjadi perbincangan adalah semasa pemuda ini diperlukan khidmatnya untuk mendidik masyarakat setempat oleh seorang ulama terkemuka di kawasan tersebut. Pemuda ini diminta untuk mengajar kitab al-hikam secara sepontan. Alhamdulillah..dia dapat melaksanakan dengan baik. Cerita lepas tu boleh tengok sendiri la…
Kami mula berbincang, adakah akan bersedia untuk berkhidmat untuk masyarakat setelah pulang ke tanah air nanti khususnya. Adakah kita telah berusaha dengan usaha paling sangat maksimum menuntut ilmu di bidang masing-masing?
Haa… sampai kat situ je la cerita KCB..
Kalau ada yang masih tak tahu kesudahannya boleh tonton sendiri sebab saya ada satu babak yang paling saya minat untuk cerita kali ini. Ceritanya…
Esoknya, saya teringat nasib konvoi life line4gaza sebab ramai yang berbual tentang perkara ini. Hati dan akal tersentak!
Saya berfikir, "aku boleh pulak tengok cerita KCB semalam sedangkan ada saudaraku sedang ondaway nak bagi bantuan kepada penduduk gaza…padahal aku dah dekat setahun mastautin di sebelah negara tersebut…"
Astaghfirullah...
اللهم انصر اخواننا المجاهدين في فلسطين
اللهم اجعلنا منهم









Va - Ost Ketika Cinta Bertasbih - 06 - Score - Kcb Guitar

2 comments:

Ibnu Roslan said...

obses ke dengan citer ni?hehe...siap pasang lagu dia lagi..

Ali Zaki said...

bukan obses...sje nk bg feeling sket...hehe