Thursday, April 08, 2010

Antara Dua Cinta...

Khotiroh
Malam ini tiba-tiba aku terdetik untuk menulis satu post. Aku menulis atas dasar berkongsi perasaan yang aku rasai pada hari ini.
Bermula hari semalam, apabila sahabat ayahku chating dengan aku melalui YAHOO MASSENGER. Memang dah lama aku tak berborak dengan dia. Banyak soalan yang diajukan dan salah satunya bila aku nak mulakan hidup di alam perkahwinan…
Mutiara doktor universiti
Paginya, seperti biasa aku menjalani rutin ke kuliah di universiti. Hari ini kuliah dimulakan dengan madah "قواعد اللغوي في أصول الفقه" (kaedah bahasa di dalam fiqh wal usul) pada jam 9.30pagi. Seperti biasa,kuliah ini tidak akan lengkap sekiranya doktor pensyarah tidak menghulurkan mutiara-mutira berharga dalam tazkirah pendeknya..


Banyak perkara yang disebut tetapi aku tertarik dengan kisah bapa saudara nabi, Abu Tholib yang membantu Nabi semasa hayatnya tetapi tidak islam. Mengapa Abu Tholib tidak Islam sedangkan dia sangat menyayangi Rasulullah?
Tak dinafikan bahawa Abu Tholib sangat sayang kepada anak saudaranya itu..tetapi sayang ini ialah sayang semula jadi. Doktor menerangkan bahawa cinta itu ada 2;
                                                                                                                                                            
أ- حبّ الطبيعي(semula jadi)  
                                                                                                                                                               
 ب‌-  حبّ الشرعي  (syari'e)
Cinta atau sayang Abu Tholib kepada Muhammad s.a.w adalah atas dasar sayang ahli keluarga. Beralih kepada cinta dan sayang para sahabat terhadap Rasulullah,inilah yang dikatakan cinta syari'e. Mereka sayang atas dasar Muhammad s.a.w adalah utusan Allah dan sayang terhadap Syariat Allah s.w.t. Perkara ini dirakam dalam Al-Quran:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مُّحَمَّدٌ۬ رَّسُولُ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱلَّذِينَ مَعَهُ ۥۤ أَشِدَّآءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيۡنَہُمۡ‌ۖ تَرَٮٰهُمۡ رُكَّعً۬ا سُجَّدً۬ا يَبۡتَغُونَ فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنً۬ا‌ۖ سِيمَاهُمۡ فِى وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِ‌ۚ ذَٲلِكَ مَثَلُهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۚ وَمَثَلُهُمۡ فِى ٱلۡإِنجِيلِ كَزَرۡعٍ أَخۡرَجَ شَطۡـَٔهُ ۥ فَـَٔازَرَهُ ۥ فَٱسۡتَغۡلَظَ فَٱسۡتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِۦ يُعۡجِبُ ٱلزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِہِمُ ٱلۡكُفَّارَ‌ۗ وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنۡہُم مَّغۡفِرَةً۬ وَأَجۡرًا عَظِيمَۢا
"Muhammad is the messenger of Allah. And those with him are hard against the disbelievers and merciful among themselves. Thou (O Muhammad) seest them bowing and falling prostrate (in worship), seeking bounty from Allah and (His) acceptance. The mark of them is on their foreheads from the traces of prostration. Such is their likeness in the Torah and their likeness in the Gospel - like as sown corn that sendeth forth its shoot and strengtheneth it and riseth firm upon its stalk, delighting the sowers - that He may enrage the disbelievers with (the sight of) them. Allah hath promised, unto such of them as believe and do good works, forgiveness and immense reward. "       (Al-Fath:29)

Dalam perjalanan pulang, aku rasa aku sudah boleh menjawab soalan yang diajukan sahabat ayahku semalam…
                "aku akan cari isteri yang sayang dan cintanya kepadaku atas dasar syariat…",fikirku.

Saranan seorang sahabat
Hari ini aku disarankan oleh teman serumahku untuk menonton sebuah video. Pada mulanya aku tidak berapa minat kerana video yang disarankan tidak mempunyai apa-apa gambar hanya tulisan sahaja. Walaupun tidak berminat pada awalnya, aku tetap mendownload video tersebut. Aku mengambil keputusan untuk menontonnya pada malam hari.
Pada malam tadi aku melihat video tersebut. Aku tidak mahu menceritakan apa isi video tersebut. Cukup aku sisipkan sahaja video itu di akhir post aku ini. Aku sekadar mahu berkongsi perasaan semasa menonton video hingga sekarang. Aku tidak pernah merasa sebegini sedih. Jauh lebih sedih sewaktu meninggalkan keluargaku untuk datang ke Jordan.   
Dengan aliran air mata, aku merobek perasaanku untuk satu perkongsian…

Muhammad…
Sungguh terpuji kemuliannya…
hingga hujung nyawanya dia masih mengingati umatnya..
khabar gembira syurga tidak cukup menenangkan hatinya semata risaukan umatnya…

Muhammad…
Sungguh hebat cintanya…
tidak tertahan sakit menghadapi maut sehingga baginda menjerit bukan seperti selalunya…
ingin sahaja dia menanggung kesakitan maut umatnya…

Oh umat Muhammad…
Bilakah kali terakhir kau mengingatinya…
Pernahkah kau merasai kehangatan cintanya…
Dengan apakah kau cuba untuk membalas sayangnya…
Adakah dengan dosa hanya??
Atau dengan menjejak sunnahnya…


Nampaknya masih ada banyak cinta yang suci perlu aku kejar. Apakah benar kita mencintai Rasul jika hanya mengingatinya ketika maulidur rasul atau waktu-waktu tertentu sahaja? Nabi Muhammad sentiasa cinta umatnya sehingga akhir hayatnya. Sangat rugi kita tidak membalas cinta yang suci itu. 


Kalau pasangan di luar sana sanggup membelanjakan wang saku bagi membalas mesej daripada pasangan cinta yang belum pasti, apa salahnya kita mengeringkan air liur kita dengan berselawat ke atas cinta Nabi yang pasti terhadap kita. Balaslah cinta Nabi kita dengan menjadi pengikut sunnahnya yang sentiasa setia…
























3 comments:

Ibnu Roslan said...

Kami di AIM juga ada mengadakan minggu ihya sunnah..dan pada majlis perasmian, ada diadakan slideshow video ini..dan majoritinya menangis tatkala menonton video ini..termasuklah diri ana..

Anonymous said...

hati ini merindui kekasih Allah yang mencintai umatnya itu..

Syahida _Masri said...

ouhh video tu sy dah tgk.. serius sy nangis usai abis video.. even hanya kata2 n tulisan, namun tulisan itu sgt mndalam bahasanya n sy dpt rasekan rase syg dan kasih rasulullah pd umatnya..