السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah…baru saja selesai exam subjek korea,masuk dewan dengan hati yang tenang,menjawab soalan dengan baik dan keluar dewan selesa bertawakal kepada Allah s.w.t..
Seperti biasa,on the way nak balik rumah sewa..mesti kena lalu cafeteria jamiah Yarmouk… sambil ditiup bayu angin musim bunga atau dalam bahasa koreanya, “봄”*(bunyinya-bom)..daun-daun berlari-lari atas jalan bertatahkan simen..dan situasi yang amat biasa di sekitar kafe yang nak tak nak tengok mesti nampak punya, iaitu aktiviti remaja arab bercouple antara adam dan hawa. Ada pasangan yang bergelak tawa,ada yang senyum tersipu-sipu dan macam-macam ragam. Tiba2,mataku teralih kepada satu pasangan…