Assalamualaikum w.t.h...

Kebelakangan ni...banyak saya dengar pasal kawan-kawan nak kahwin dah. Ada yang dah bertunang,nak bertunang...ada jugak yang belajar kat Jordan nak balik tahun ni nak buat kenduri kahwin.

Bukanlah dengki atau nak berlumba dengan kawan-kawan,ni semua rezeki masing-masing. Kalau dulu-dulu masa sekolah menengah main bola sepak kat padang sama-sama,sekarang dah berumah tangga..rasa macam baru minggu lepas main bola dengan dorang ni...apa-apa pun tahniah buat kawan-kawan yang dah pergi ke tahap seterusnya,alam rumah tangga...

Baru-baru ni saya ada dapat mesej orang hantar..tentang apa??
Tentang hakikat pernikahan...saja nak berkongsi dengan anda semua...

HAKIKAT PERNIKAHAN..
 
Ada banyak alasan manusia yang
membuat dasar dari hakikat pernikahan,
hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita
lihat...dan manakah pilihan kita???
1- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana nafsu, maka pasangan rajin
bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
2- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana HARTA, maka pasangan bakal
bubar
jika bangkrup.
3- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KECANTIKAN, pasangan bakal
lari
jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.
4- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana ZURIAT, maka pasangan akan
cari
alasan untuk pergi jika pasangan tidak
dapat memberi anak.
5- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan
lari
jika orang berubah tingkah lakunya.
6- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana CINTA, hati manusia itu tidak
tetap dan mudah terpikat pada hal-hal
yang lebih baik, lagipula
manusia
yang dicintai pasti MATI / PERGI.
7- Jika hakikat pernikahan adalah
kerana IBADAH kepadaALLAH,
sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH
mencintai hambaNYA melebihi seorang
ibu mencintai bayinya. 
Sebenarnya nak bawak anda semua berfikir,.. 
Cuba bayangkan kita sekarang ni dah kahwin...duduk dengan isteri tersayang bawah satu bumbung...dan tak lama lepas tu akan menimang cahaya mata..dalam masa yang sama diri sendiri ni bangun subuh lambat..si suami tak sempat nak pergi berjemaah subuh di masjid...diri tak terurus..pendinding diri tak baca(mathurat)...

agak-agak apa la jadi kat keluarga kita tu nanti..

Nasihat untuk diri sendiri dan anda semua..
"Binalah fardu muslim sekuat-kuatnya bagi memberi jaminan Baitul muslim yang kukuh..."





1 comments:

Ali Zaki said...

salam...maaf jika ada tersalah bahasa atau fakta...jika ada tersisih hati sesiapa..sungguh niatku baik sje,insyaAllah...sila beri komen jika ada yg patut dibaiki..jgn dipendam dlm hati..-editor