Saturday, December 04, 2010

Sistem Illahi

Buka puasa
Alhamdulillah…baru sahaja pulang daripada rumah seorang ikhwah yang sangat saya sayangi. Majlis Iftor yang sangat bermakna bagi diri ini sebagai seorang yang lemah dan banyak perlukan sokongan.
Bermula dengan makan-makan ringan,sesuai dengan kondisi perut yang kosong selepas berpuasa, tak boleh isi banyak-banyak terus. Sistem tadarruj atau berperingkat sangat penting dalam kehidupan. Tak kiralah dalam membaca ke, sukan dan macam-macam lagi. Bagi siapa yang biasa bersukan lagi-lagi sebelum nak main bola, mesti kena streching atau panaskan badan dulu kalau tidak kejang la alamatnya time main nanti.
Kemudian sedikit tazkirah dan pengisian dibuat selepas solat maghrib berjemaah. Bak kata sorang ikhwah ni, “sebelum isi perut kita isi sikit hati kita…” begitu mendalam maksudnya sebenarnya.
Majlis yang serba ringkas tetapi penuh dengan pelbagai makna. Setiap yang hadir pasti ada suatu perkara yang dibawa pulang selepas majlis ini.



Sistem terbaik
Cerita pasal berperingkat ni, memang dalam Islam sendiri menekankan sistem ini. Al-Quran sendiri diturunkan berperingkat. Bukan tidak boleh menurunkan sekaligus tetapi Allah ingin mengajarkan kepada kita sistem yang paling terbaik kepada hambanya.
Kisah Nabi berdakwah kepada masyarakat arab jahiliyah ketika permulaan Islam. Dimulakan dengan peringkat sirriah atau rahsia. Setelah mendapat wahyu daripada Allah dan punya kekuatan barulah pergi ke peringkat seterusnya. Setelah semua para sahabat faham apa yang ingin dibawa dan disampaikan dengan berlalunya tarbiyah atau didikan daripada Nabi Muhammad s.a.w selama 13 tahun lamanya.
Selepas itu mulalah dakwah Nabi secara terbuka. Bukan bermakna tarbiyah sebelum itu ditinggalkan malah Betapa banyaknya tekanan yang diterima Nabi s.a.w dan para sahabat tetapi semua itu hanya bagaikan usikan-usikan yang halus. Kekentalan Islam telah terpaku dengan kuat di hati para sahabat tiada apa yang dapat mencabut paku keimanan yang telah ditanam secara berperingkat oleh Nabi s.a.w walaupun bara api yang panas menyeksa kulit, walaupun batu besar menumpang di atas tubuh ketika panas terik matahari padang pasir..tiada…
Islah masyarakat
Ketika itu Nabi dikatakan membawa suatu ajaran baru dan cuba memecah belahkan masyarakat arab. Amat sedih bagi seorang yang nampak akan kefasadan jahiliyah tepu kaumnya dengan hati yang suci ingin membawa bersama masyarakat ketika itu merasai nikmat Islam yang sejahtera dan suci dikatakan sebegitu rupa. Namun baginda tetap berusaha. Tidak banyak berjidal  tetapi lebih banyak menunjukkan qudwah hasanah/ ikutan terbaik kepada kaumnya dan memang membuahkan hasil…Allahuakbar
Sedikit kesimpulan
  1. berukhuwwahlah sesama kita,..sesungguhnya ukhuwah itu sangat manis
  2. ikutilah sistem yang telah terbukti sangat kental dan hebat. tingkatkan diri kita dari pelbagai segi bersama dengan ilmu yang kita pelajari supaya ilmu itu difahami dengan kefahaman Islam yang sebenar
  3. mulakan dengan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. tundukkan diri kita dengan Islam supaya suatu hari nanti kita bersedia mennundukkan dunia dengan Islam…

0 comments: