Thursday, August 27, 2009

Alangkah Cantiknya, saudaraku....






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


budak 6 tahun..."cantiknya mainan tu!nak beli mama..nak beli mama.."

remaja 17 tahun..."fuh!!cantiknya minah tu..."

si suami 30-an..."cantiknya isteri abang ni..."

si suami 50-an(atuk)..."antiknya isteri aku ni..?"



Ini adalah satu situasi yang normanya berlaku dalam kalangan masyarakat malaysia. Ramai yang beranggapan kecantikan itu pada benda lahiriah,tetapi tidak ramai yang sedar perkara lahiriah ini sememangnya berubah mengikut edaran masa...


Tak dinafikan sememangnya cantik itu indah pada pandangan mata. Namun bagi saya cantik yang tersangat cantik haknya adalah sesuatu yang dapat digambarkan dengan mata penglihatan...


Satu bukti yang tak dapat dinafikan oleh sesiapa yang bergelar muslim...,

"ان الله جميل يحب الجمال "

Allah itu cantik dan Dia sangat suka pada yang cantik...tetapi adakah kita dapat melihat Allah dengan mata kasar kita di dunia ini? Sudah tentu jawapannya tidak…tetapi itulah yang dikejar oleh manusia yang bernama mukmin dan salah satu tujuannya ialah cantiknya Allah itu.



Buat pertama kali saya menulis ini, saya ingin mengungkapkan bahawa cantiknya ukhuwah!!! Ianya adalah satu kecantikan yang tak dapat dilihat oleh pancaindera, tetapi ianya satu kenikmatan yang dapat dirasa dengan hati yang suci ingin bersaudara kerana Allah s.w.t.

Ukhuwah tidak semestinya memerlukan pertemuan, sekiranya kita ikhlas..ianya boleh dirasai oleh sesiapa dimana-mana sahaja… kehadiran ‘alam siber’ juga adalah salah satu ruang untuk kita merasa bersama kecantikan yang dicipta Allah…


Salam ukhuwah buat semua… jika bayi yang baru lahir kita ‘tahnik’ mereka dengan madu yang manis, apa kata kita mulakan sesi bersama dengan membina ukhuwah yang manis dan cantik…










1 comments:

Ali Zaki said...

salam...maaf jika ada tersalah bahasa atau fakta...jika ada tersisih hati sesiapa..sungguh niatku baik sje,insyaAllah...sila beri komen jika ada yg patut dibaiki..jgn dipendam dlm hati..-editor